Zon makanan moden Wilayah_Ekonomi_Koridor_Utara

Malaysia berhadapan dengan masalah import makanan yang besar sedangkan Malaysia berpotensi menjadi pengeluar makanan dunia. Justeru itu NCER akan menjadi zon makanan moden untuk Malaysia melalui pendekatan berfasa. Fasa itu ialah:

  1. pelabur teras kemudahan (2007-2012)
  2. mempercepat pertumbuhan serantau (2013-2020)
  3. mewujudkan kepimpinan global (2021-2025).

Sasaran pengeluaran pertanian pada tahun 2012 nanti ialah NCER dapat:

  1. Meningkatkan eksport pertanian daripada RM32 bilion kepada RM48 bilion
  2. Hasil padi daripada empat tan setiap hektar tanah kepada 8.0 tan setiap hektar
  3. Keuntungan purata setiap hektar tanah yang diusahakan (kecuali kelapa sawit) kepada RM10,000 setiap hektar setahun
  4. Jumlah tanah pertanian yang diusahakan daripada lebih kurang 800,000 hektar kepada 1.0 juta hektar; Sasaran sektor pembuatan:
  5. NCER menjadi pusat elektronik berteknologi tinggi dan bernilai tambah seperti fabrikasi wafer, reka bentuk cip, reka bentuk automasi, penyelidikan dan pembangunan bahan atau pembungkusan.
  6. Pelaburan dalam sektor perusahaan NCER daripada RM16.5 bilion pada tahun 2006 kepada RM24.3 bilion
  7. Peratusan tenaga pekerja dalam sektor perusahaan yang terlibat dalam akitiviti nilai tambah yang tinggi kepada 30 peratus
  8. Meningkatkan nilai tambah sebagai peratusan pengeluaran perusahaan kepada 30 peratus.
  • Pembangunan sepatutnya berteraskan arus pasaran dan perdagangan supaya kawasan utara tidak ketinggalan dalam era globalisasi. Pemilik tanah dan petani menjadi petani kontrak kepada syarikat swasta yang memajak tanah terbiar mereka. Fokus kepada pengembangan sektor hiliran pertanian serta pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) asas tani. Aktiviti mengumpul, memproses dan menjenama produk-produk pertanian akan digalakkan untuk meningkatkan nilai tambah kepada sektor pertanian.
  • Pengurusan tanah padi secara estet akan membolehkan pengembangan industri-industri hiliran padi seperti pembuatan produk makanan, minuman, kosmetik serta farmaseutikal, malah hasil pengeluaran padi termasuk bahan buangan serat padi mampu dijadikan produk yang bernilai.
  • 40% keluasan tanah di NCER atau 932,581 hektar akan diklasifikasikan untuk pertanian termasuk 100,000 hektar tanah terbiar. 4.9% daripada tanah terbiar ini berada di Pulau Pinang, Perlis (6.6%), Perak (27.8%) dan Kedah (60.7%).

Sasaran

  1. 595,615 hektar akan digunakan bagi penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah.
  2. 167,598 hektar daripadanya akan ditanam dengan padi. Luasnya bersamaan dengan 64% daripada jumlah kawasan penanaman padi di Malaysia.
  3. Pengeluaran padi daripada 3.0 -5.0 tan sehektar kepada 8.0 tan sehektar pada 2012 dan 9.0 - 10 tan sehektar pada 2020.
  4. Sektor pertanian dijangka memberi sumbangan KDNK daripada 12% tahun 2007 kepada 15% menjelang 2012 nanti.
  5. Penternakan anak ikan premium untuk makanan atau hiasan, pendalaman tali air dan pengezonan kawasan persisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang di dalam sangkar.
  6. Eksport hasil pertanian asas dan hiliran yang termasuk buah-buahan segar, buah-buahan diproses dan hasil daging disasarkan RM48 bilion menjelang 2012.
  7. Sungai Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar akan dibangunkan sebagai ladang ternakan premium dan pusat pemprosesan halal.
  8. 110 hektar tanah di Perak dan Pulau Pinang dikhaskan bagi penanaman tanaman hiasan dan bunga-bungaan.
  9. 390,000 hektar tanah di NCER ditanam dengan kelapa sawit oleh syarikat perladangan.
  10. Kira-kira 20,000 hektar tanah ditanam dengan pokok getah oleh para pekebun kecil.
  • Syarikat besar akan memajak sawah dan tanah pertanian terbiar untuk diusahakan secara giat dan produktif sebagaimana di Jepun dan Korea.
  • Penerangan dan maklumat akan disalurkan kepada petani, nelayan, guru, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam dan semua golongan supaya mereka dapat mempersiapkan diri menghadapi perubahan cara hidup.
  • Rakyat bertukar corak dan masa bekerja dari hanya empat jam sehari kepada lapan jam. Remaja seawal 15 tahun ke atas dilatih menyertai sektor pertanian moden dan mestilah mengangggap pertanian adalah juga perniagaan yang menguntungkan dan menjanjikan pendapatan yang lumayan.